Posts

Guan Eng Stress Tak Boleh Tidur Fikirkan 1MDB Masa Jadi Menteri Kewangan

Image
Kenyataan Lim Guan Eng "MALAYSIA perlu antara 20-30 tahun untuk selesaikan hutang RM44 bilion yang dikumpul oleh 1MDB, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Jumlah hutang itu adalah sebahagian  dari keseluruhan RM1.087 trilion yang ditanggung akibat kecuaian pengurusan negara di bawah rejim BN sebelum ini, kata Lim. Baki RM44 bilion adalah baki daripada keseluruhan hutang 1MDB berjumlah RM51 bilion, kata Lim. Sehingga hari ini, kerajaan sudah membayar RM7 bilion. Daripada RM51 bilion itu, bayaran faedahnya sahaja berjumlah lebih kurang RM20 bilion sementara hutang pokok sebanyak RM31 bilion. Itu sebabnya Lim “jelak dengan 1MDB” selepas hampir setahun menguruskan pembayaran hutang yang dilonggokkan oleh pentadbiran Najib Razak. “Saya jelak dan penat dengan 1MDB,” kata Lim, mengulas setahun tempohnya sebagai menteri kewangan dan usaha kerajaan mencari jalan menyelesaikan hutang. Pentadbiran sebelum ini cuba menyembunyikan daripada umum bagaimana dana awa

Penyokong PH bengang Dr. Noor Hisham yang diangkat, bukan Dr. Dzul

Image
Penyokong PH, Lokman Kamil bengang apabila nama Dr. Noor Hisham disenaraikan dalam 3 orang doktor TERBAIK dunia dalam melawan Covid-19. Menurutnya, nama Dr Dzulkifli lah yang perlu diangkat, bukan Dr. Noor Hisham. Sumber: FB Lokman Kamil Komen Lokman ini menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen yang merasakan Dr. Noor Hisham memang layak mendapat anugerah tersebut. Ratusan kecaman yang diterima oleh Lokman Kamil apabila memuatnaik penyataan tersebut. Rata-ratanya memihak kepada Dr. Noor Hisham. Agak sedih apabila Dr. Noor Hisham yang tidak terlibat dengan mana-mana parti Politik dan berbakti dengan habis baik untuk kedua-dua kerajaan; PH dan PN, akhirnya dikutuk oleh penyokong PH. Apa pula pandangan korang, jangan lupa tinggal komen.

Anwar Yakin Dapat Sokongan Jadi PM Setelah PKP Tamat

Image
Adakah Malaysia akan mendapat PM yang baru pada bulan Mei ini setelah tamatnya PKP? Adakah Anwar akhirnya akan berjaya menyandang jawatan PM ataupun hanya sekadar bakal PM sahaja? Apa pendapat korang, adakah Anwar mampu mendapat sokongan untuk membuat undi tidak percaya pada sidang parlimen akan datang? Jangan lupa tinggalkan komen.

Pengiktirafan Itu Bukan Untuk Saya Tapi Negara - Dr Noor Hisham

Image
Dinobat antara tiga doktor terbaik dunia dalam menangani pandemik Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan pengiktirafan itu bukanlah untuk dirinya tetapi untuk negara. Beliau berkata, apa yang penting adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerja sebagai satu pasukan untuk negara. Menurut Dr Noor Hisham, KKM memberi nasihat tetapi Perdana Menteri yang membuat keputusan serta melaksanakan tindakan. “Kita beri nasihat dan yang pastinya yang buat keputusan bukan saya tapi perdana menteri. Contoh kalau lihat MCO (Perintah Kawalan Pergerakan) perdana menteri yang melaksanakan, kita sekadar menasihati tapi buat keputusan dan tindakan ialah perdana menteri. Sentiasa dalam keadaan tenang dalam memberikan maklumat kepada masyarakat dan disenangi ramai, Dr Noor Hisham turut mengucapkan penghargaan kepada semua kementerian dan menteri yang bekerjasama dalam pelaksanaan PKP. “KKM ucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malay

Duit 1MDB 300juta USD itu jasa PH, kata Guan Eng

Image
Lim Guan Eng, melalui cicipan di Twitter beliau menyatakan duit 1MDB sebanyak 300juta USD yang dipulangkan itu merupakan jasa susah payah kerajaan PH. Cicipan itu pada asalnya ingin membalas ucapan Dr. Mahathir yang mengharapkan Guan Eng cepat sembuh. Sumber: Twitter Lim Guan Eng Namun, ramai netizen yang merasakan LGE dan kerajaan PH hanya suka syok sendiri claim semua benda yang baik jasa PH. Tetapi tidak mahu pula claim kecuaian yang berlaku dalam kerajaan PH seperti isu membenarkan pelancong China datang melawat Malaysia di saat penyebaran wabak Covid-19 itu berlaku. Apapun tidak dapat dinafikan ada sumbangan kerajaan PH dalam memastikan kewangan kerajaan berada di tahap yang baik. Salah satunya adalah sistem membendung rasuah yang diperkenal semula atau diperketatkan oleh kerajaan PH. Sistem ini dilihat mampu mengurangkan kadar rasuah dalam kalangan pemimpin di Malaysia. Perkara yang sama diteruskan oleh kerajaan PN di bawah Muhyiddin Yassin.

"Tampal Gambar Muka, Akhirnya Dibuang Ke Tong Sampah Jugak" Teguran Najib untuk Ngar Kor Ming

Image
Kor Ming dikritik hebat selepas wajahnya terpampang pada bekas makanan untuk disumbangkan kepada orang ramai.  Najib Razak melalui posting di FB beliau menganjurkan Pemimpin agar tidak menampal muka di bekas makanan yang disumbangkan. Sebaliknya, jika hendak memaklumkan kepada orang ramai mengenai sumbangan tersebut, cukup hanya dengan muatnaik gambar di media sosial. Tak perlu lah membazir kos menampal gambar di bekas makanan yang akhirnya akan dipijak dan dibuang ke dalam tong sampah. Di samping itu, kos juga dapat dijimatkan. Kos menampal gambar pada bekas makanan itu sebenarnya dapat digunakan untuk tambah kuantiti makanan yang disumbangkan. Sumber: FB Najib Razak Ini pula pandangan yang dilontarkan oleh netizen. Kebanyakan netizen berpandangan saiz gambar Kor Ming terlalu besar sehingga tidak terlihat kandungan makanan tersebut. Apa pula pandangan korang? Sila tinggalkan komen ye.

“Duit 1MDB Adalah Hasil Usaha AG, MOF dan PM lama,bukan kerajaan pintu belakang” – Khalid Samad

Image
Sumber: Twitter Khalid Samad Menurut satu ciapan melalui twitter rasmi ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyatakan bahawa wang yang dipulangkan oleh Amerika Syarikat sebanyak A$300 juta dana 1MDB merupakan usaha kerajaaan PH. Beliau menulis melalui ciapannya, ” Alhamdulillah. Usaha kerajaan PH telahpun berhasil. Tahniah AG dan MoF serta PM lama. Harap harap tidak ditelan pula oleh geng yang tidak beramanah. Kalau sanggup khianat rakan-rakan sendiri, sejauhmana boleh jamin duit dari US ini selamat? RM 1.3 Bilion tu”. MalaysiaKini juga menulis mengenai perkara ini dimana Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaannya mesti membuktikan mereka telus semasa mengendalikan dana 1MDB bernilai RM1.3 bilion yang dikembalikan Jabatan Kehakiman AS, kata sebuah badan pemantau rasuah. Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata hal itu dibangkitkan kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara ketika ini ditubuhkan bukan atas pilihan rakyat.