Posts

Showing posts with the label 1MDB Issue

Najib kenang semula pengalaman dizalimi masa kerajaan PH

Image
Najib melalui posting di FB nya mengimbau kembali saat rumahnya diserbu setelah dia pulang dari solat terawih di masjid. Anggota polis yang mendapat arahan dari kerajaan PH melakukan penggeledahan itu sehingga ke pagi. Gambar Najib bersolat terawih di masjid sebelum penggeledahan  rumahnya berlaku Gambar Najib dan isterinya, Rosmah yang tidur keletihan atas sofa menunggu penggeledahan polis selesai Serbuan rumah oleh polis yang mendapat arahan dari pemimpin kerajaan PH itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Kebanyakan netizen berpendapat itu adalah sesuatu kezaliman kerana masa yang tidak sesuai. Ada yang berpendapat sepatutnya ia dilakukan pada waktu petang kerana waktu malam adalah masa untuk berehat setelah kepenatan berpuasa seharian di samping mengganggu Najib dan keluarga dari menyediakan juadah untuk bersahur. Najib melalui posting di FB beliau turut menyatakan perangai PH yang suka mereka-reka cerita apabila mengatakan jumlah barangan yang dirampas adala

Guan Eng Stress Tak Boleh Tidur Fikirkan 1MDB Masa Jadi Menteri Kewangan

Image
Kenyataan Lim Guan Eng "MALAYSIA perlu antara 20-30 tahun untuk selesaikan hutang RM44 bilion yang dikumpul oleh 1MDB, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Jumlah hutang itu adalah sebahagian  dari keseluruhan RM1.087 trilion yang ditanggung akibat kecuaian pengurusan negara di bawah rejim BN sebelum ini, kata Lim. Baki RM44 bilion adalah baki daripada keseluruhan hutang 1MDB berjumlah RM51 bilion, kata Lim. Sehingga hari ini, kerajaan sudah membayar RM7 bilion. Daripada RM51 bilion itu, bayaran faedahnya sahaja berjumlah lebih kurang RM20 bilion sementara hutang pokok sebanyak RM31 bilion. Itu sebabnya Lim “jelak dengan 1MDB” selepas hampir setahun menguruskan pembayaran hutang yang dilonggokkan oleh pentadbiran Najib Razak. “Saya jelak dan penat dengan 1MDB,” kata Lim, mengulas setahun tempohnya sebagai menteri kewangan dan usaha kerajaan mencari jalan menyelesaikan hutang. Pentadbiran sebelum ini cuba menyembunyikan daripada umum bagaimana dana awa

Duit 1MDB 300juta USD itu jasa PH, kata Guan Eng

Image
Lim Guan Eng, melalui cicipan di Twitter beliau menyatakan duit 1MDB sebanyak 300juta USD yang dipulangkan itu merupakan jasa susah payah kerajaan PH. Cicipan itu pada asalnya ingin membalas ucapan Dr. Mahathir yang mengharapkan Guan Eng cepat sembuh. Sumber: Twitter Lim Guan Eng Namun, ramai netizen yang merasakan LGE dan kerajaan PH hanya suka syok sendiri claim semua benda yang baik jasa PH. Tetapi tidak mahu pula claim kecuaian yang berlaku dalam kerajaan PH seperti isu membenarkan pelancong China datang melawat Malaysia di saat penyebaran wabak Covid-19 itu berlaku. Apapun tidak dapat dinafikan ada sumbangan kerajaan PH dalam memastikan kewangan kerajaan berada di tahap yang baik. Salah satunya adalah sistem membendung rasuah yang diperkenal semula atau diperketatkan oleh kerajaan PH. Sistem ini dilihat mampu mengurangkan kadar rasuah dalam kalangan pemimpin di Malaysia. Perkara yang sama diteruskan oleh kerajaan PN di bawah Muhyiddin Yassin.

“Duit 1MDB Adalah Hasil Usaha AG, MOF dan PM lama,bukan kerajaan pintu belakang” – Khalid Samad

Image
Sumber: Twitter Khalid Samad Menurut satu ciapan melalui twitter rasmi ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyatakan bahawa wang yang dipulangkan oleh Amerika Syarikat sebanyak A$300 juta dana 1MDB merupakan usaha kerajaaan PH. Beliau menulis melalui ciapannya, ” Alhamdulillah. Usaha kerajaan PH telahpun berhasil. Tahniah AG dan MoF serta PM lama. Harap harap tidak ditelan pula oleh geng yang tidak beramanah. Kalau sanggup khianat rakan-rakan sendiri, sejauhmana boleh jamin duit dari US ini selamat? RM 1.3 Bilion tu”. MalaysiaKini juga menulis mengenai perkara ini dimana Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaannya mesti membuktikan mereka telus semasa mengendalikan dana 1MDB bernilai RM1.3 bilion yang dikembalikan Jabatan Kehakiman AS, kata sebuah badan pemantau rasuah. Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata hal itu dibangkitkan kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara ketika ini ditubuhkan bukan atas pilihan rakyat.