PKP Dilanjutkan, Najib Cadang Tambah Elaun BPN



Cadangan yang baik dari DS Najib supaya kerajaan tambah Elaun BPN. Rakyat terutamanya golongan B40 sangat terdesak dan memerlukan bantuan tambahan kerana mereka tiada punca pendapatan semasa PKP dijalankan.

Golongan B40 merujuk kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah merujuk kepada jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM4000.


Secaranya amnya, kebanyakan golongan B40 tidak mempunyai banyak wang simpanan dalam bank. Mereka hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Justeru, apabila hilang sumber pendapatan kerana PKP, mereka adalah golongan yang paling terkesan.

Jika tempoh PKP dilanjutkan, amat wajarlah pihak kerajaan menambah elaun Bantuan Prihatin Nasional terutamanya kepada golongan B40.

Bantuan RM1600 untuk semua isi rumah akan tidak mencukupi terutama kepada mereka yang mempunyai banyak tanggungan.

Tambah DS Najib, 
"bukan kerana mereka malas dan tidak proaktif, tetapi hakikat pandemik Covid-19 yang tidak mengizinkan mereka keluar mencari rezeki"


Sumber: FB Najib Razak



Terima kasih DS Najib atas cadangan yang amat bernas. Ini bukan masa untuk berkira dengan rakyat. Rakyat tengah menderita.

Diharapkan kerajaan melihat serius cadangan DS Najib ini. 

Comments

  1. Terbaik bossku, sebab sentiasa merasai kesusahan rakyat terutama orang miskin dan golongan b40. Kami tiada langsung punca pendapatan kerana pkp. Jadi, tolonglah bagi tambahan bantuan jika pkp dilanjutkan. Terima kasih #suararakyatmarhaen

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Najib kenang semula pengalaman dizalimi masa kerajaan PH

"Tampal Gambar Muka, Akhirnya Dibuang Ke Tong Sampah Jugak" Teguran Najib untuk Ngar Kor Ming

Anwar Yakin Dapat Sokongan Jadi PM Setelah PKP Tamat