Posts

Showing posts with the label Dr. Noor Hisham

Dr. Adham: Tegurlah saya jika ada buat salah, jangan terus membenci dan mengutuk

Image
Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba hari ini menjelaskan bahawa beliau tersilap sebut ketika telesidang bersama DS Zahid Hamidi mengenai jumlah negara yang terlibat dalam conferencing video bersama WHO. "Saya salah sebut 500 negara - yang saya maksudkan adalah 500 peserta dari seluruh dunia," katanya seperti dipetik oleh The Star. Berikut merupakan respon daripada netizen yang memuji sikap Dr. Adham Baba yang berjiwa besar dan berani mengaku kesalahan. “MasyaAllah....lihatlah besarnya jiwa Dr. Adham apabila mengaku kesalahan yang dilakukannya. Kalau puak PH jangan harap ada yang nak mengaku silap.  “Alhamdulillah...Dr Adham sgt merendah diri... Mengakui kesilapan lebih mulia dari menyalahkn org 24 jam” – Jasmine Ibrahim “HEBAT.... Berjiwa besar... TAHNIAH Dr Idham Baba. Tidak berpakaian angkuh dan tidak berselimut dengan kesombongan.” – Shaiful Afandi “Terbaik mengaku kesilapan... Hanya puak DAP, PKR & PAN je yg x pernah mengaku kesilapan” – Khaleef

Menteri Kesihatan Air Suam sekali lagi viral dengan isu 500 negara

Image
Kalau sebelum ini Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Adham Baba viral dengan penyataan yang dikeluarkannya mengenai air suam boleh membunuh virus Covid-19. Kini, beliau sekali lagi viral dengan isu 500 negara. Semasa beliau membuat telesidang bersama Zahid Hamidi, beliau menjelaskan kepada Zahid Hamidi beliau baru sahaja mengadakan sidang video bersama 500 NEGARA. Sumber: Youtube Sebenarnya, setakat 2020 hanya ada 195 negara sahaja di dunia menurut carian GOOGLE Penyataan 500 negara dari Dr. Adham Baba ini mendapat reaksi yang lawak dari netizen. Ini adalah antara reaksi tersebut. Apa-apapun salah sebut itu adalah biasa sebagai seorang manusia.  Diharapkan Dr. Adham tidak mengambil hati dengan netizen dan terus melaksanakan tugasnya sebagai Menteri Kesihatan dengan baik supaya wabak Covid-19 dapat ditewaskan.

Penyokong PH bengang Dr. Noor Hisham yang diangkat, bukan Dr. Dzul

Image
Penyokong PH, Lokman Kamil bengang apabila nama Dr. Noor Hisham disenaraikan dalam 3 orang doktor TERBAIK dunia dalam melawan Covid-19. Menurutnya, nama Dr Dzulkifli lah yang perlu diangkat, bukan Dr. Noor Hisham. Sumber: FB Lokman Kamil Komen Lokman ini menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen yang merasakan Dr. Noor Hisham memang layak mendapat anugerah tersebut. Ratusan kecaman yang diterima oleh Lokman Kamil apabila memuatnaik penyataan tersebut. Rata-ratanya memihak kepada Dr. Noor Hisham. Agak sedih apabila Dr. Noor Hisham yang tidak terlibat dengan mana-mana parti Politik dan berbakti dengan habis baik untuk kedua-dua kerajaan; PH dan PN, akhirnya dikutuk oleh penyokong PH. Apa pula pandangan korang, jangan lupa tinggal komen.

Pengiktirafan Itu Bukan Untuk Saya Tapi Negara - Dr Noor Hisham

Image
Dinobat antara tiga doktor terbaik dunia dalam menangani pandemik Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan pengiktirafan itu bukanlah untuk dirinya tetapi untuk negara. Beliau berkata, apa yang penting adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerja sebagai satu pasukan untuk negara. Menurut Dr Noor Hisham, KKM memberi nasihat tetapi Perdana Menteri yang membuat keputusan serta melaksanakan tindakan. “Kita beri nasihat dan yang pastinya yang buat keputusan bukan saya tapi perdana menteri. Contoh kalau lihat MCO (Perintah Kawalan Pergerakan) perdana menteri yang melaksanakan, kita sekadar menasihati tapi buat keputusan dan tindakan ialah perdana menteri. Sentiasa dalam keadaan tenang dalam memberikan maklumat kepada masyarakat dan disenangi ramai, Dr Noor Hisham turut mengucapkan penghargaan kepada semua kementerian dan menteri yang bekerjasama dalam pelaksanaan PKP. “KKM ucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malay

Tutup pendingin hawa, guna kipas mampu halang Covid-19 merebak

Image
Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, mengatakan risiko virus Covid merebak di Malaysia rendah sebab cuaca yang panas.  Tambahannya lagi  kerajaan PH akan ambil tindakan mengurangkan penggunaan pendingin hawa dan menggantikannya dengan kipas jika keadaan wabak Covid-19 menjadi serius di Malaysia. Sumber: FB Najib Razak Kenyataan Bekas Timbalan Menteri Kesihatan ini agak selari dengan kenyataan Dr. Adham Baba yang mengatakan air suam dapat membunuh virus Covid-19. Penyataan airsuam yang dikeluarkan Dr. Adham ini telah dikecam teruk oleh penyokong PH. Padahal, benda yang dikecam itu selari dengan pandangan Timbalan Menteri Kesihatan PH sendiri. Apakah pendapat korang? Jangan lupa tinggalkan komen.

Dr. Noor Hisham tersenarai 3 doktor TERBAIK DUNIA dalam lawan Covid-19

Image
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Stesen televisyen China, Global TV Network menganugerahkan pengiktirafan 'TOP DOCTORS IN HANDLING COVID-19' kepada doktor seluruh dunia yang memberikan impak yang besar dalam melawan pandemik Covid-19. Tiga doktor yang mendapat tempat teratas dalam senarai ialah Dr. Noor Hisham, Dr. Anthony Fauci dari USA Dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand. Antara faktor ketiga-tiga doktor ini dipilih adalah kerana komitmen yang tinggi. BEKERJA LEBIH MASA, TEGAS, JUJUR dan BERANI tegur kerajaan jika terdapat kecuaian dalam memerangi Covid-19. Selain itu, keupayaan menjadi sumber maklumat paling telus serta meredakan keadaan panik orang ramai terhadap penularan Covid-19 di negara masing-masing. Dr. Noor Hisham juga seorang yang merendah diri dan tidak berapa suka apabila dirinya diangkat sebagai hero oleh rakyat Malaysia. Sumber: Berita Harian Ramai juga yang masih tidak tahu tentang kehe

Sebab Dr. Noor Hisham dan KKM tolak cadangan Dr. Dzul

Image
Pelbagai pendapat dan nasihat yang dilontarkan kepada KKM dalam usaha mengekang Covid-19. Setakat ini, Dr. Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan dan KKM telah melakukan kerja yang amat baik dalam membendung wabak tersebut. Dr Dzul mencadangkan agar melakukan test Covid-19 kepada semua orang supaya PKP boleh dihentikan dan kegiatan ekonomi dapat dijalankan. Cadangan ini ditolak oleh KKM kerana 2 syarat. Pertama, test kit untuk Covid-19 adalah terhad. Kedua, jika PKP dihentikan, segala usaha yang dilakukan oleh KKM selama ini akan sia-sia dan penyebaran Covid-19 akan berlaku semula. Jadi, buat masa ini langkah yang diambil adalah melakukan test hanya kepada 2 golongan di bawah 1) orang yang mempunyai kontak rapat dengan individu positif covid19 2) semua orang yang tinggal di kawasan merah covid19. KKM juga berikan keputusan untuk menambah tempoh PKP lagi 2minggu sebagaimana yang diumumkan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini. Seorang netizen, Abdul Rahim membuktikan ken