Posts

Showing posts with the label Bank Dunia

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul dapat pengiktirafan Bank Dunia

Image
Dr. Richard Record, Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia Menurut Dr. Richard,  Malaysia mempunyai kelebihan berbanding negara lain dalam mengharungi impak negatif penularan COVID-19 yang mencetuskan kejutan ekonomi global. Beliau berkata, Malaysia mempunyai struktur ekonomi yang pelbagai, rekod pengurusan ekonomi makro yang mantap, pasaran modal domestik yang mendalam, institusi kewangan yang utuh dan pengalaman lalu dalam menangani krisis. Beliau berkata, seperti kebanyakan negara, Malaysia juga berdepan prospek penguncupan ekonomi, dan sebagai tindakan balas, kerajaan membuat pelarasan tepat pada masanya terhadap dasar fiskal dan monetari. “Suntikan langsung fiskal adalah RM35 bilion (kira-kira 2.3 peratus daripada KDNK) dan keutamaan lebih ke arah pemindahan langsung (bantuan) kepada rakyat,” katanya. Dr. Richard juga memuji Menteri Kewangan Tengku Zafrul kerana membuat tindakan yang sangat bijak dalam mendepani kesan ekonomi Covid-19.