Posts

Showing posts with the label Najib Razak

Najib kenang semula pengalaman dizalimi masa kerajaan PH

Image
Najib melalui posting di FB nya mengimbau kembali saat rumahnya diserbu setelah dia pulang dari solat terawih di masjid. Anggota polis yang mendapat arahan dari kerajaan PH melakukan penggeledahan itu sehingga ke pagi. Gambar Najib bersolat terawih di masjid sebelum penggeledahan  rumahnya berlaku Gambar Najib dan isterinya, Rosmah yang tidur keletihan atas sofa menunggu penggeledahan polis selesai Serbuan rumah oleh polis yang mendapat arahan dari pemimpin kerajaan PH itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Kebanyakan netizen berpendapat itu adalah sesuatu kezaliman kerana masa yang tidak sesuai. Ada yang berpendapat sepatutnya ia dilakukan pada waktu petang kerana waktu malam adalah masa untuk berehat setelah kepenatan berpuasa seharian di samping mengganggu Najib dan keluarga dari menyediakan juadah untuk bersahur. Najib melalui posting di FB beliau turut menyatakan perangai PH yang suka mereka-reka cerita apabila mengatakan jumlah barangan yang dirampas adala

KEBODOHAN Kit Siang terbongkar ketika dia hendak membodohkan Dr.Adham

Image
Kelantangan Lim Kit Siang yang meniup api kebencian dalam kalangan Melayu dengan mengutuk Dr. Adham dan menyuruhnya berhenti menyebabkan Kit Siang semakin dibenci oleh netizen. Menerusi laman webnya, Lim Kit Siang menyindir Dr. Adham Baba dengan mengaitkan isu 500 negara dan air suam dan mengatakan video conference 500 orang itu berlawan dengan undang-undang penjarakan sosial. Najib menerusi FB beliau. membongkar sesuatu yang menarik, "Kebodohan Lim Kit Siang terbongkar ketika dia hendak membodohkan Dr. Adham" Sumber: FB Najib Razak Mungkin Lim Kit Siang tidak tahu maksud telesidang atau dalam english Video Conference. Telesidang Dr. Adham bersama 500 orang wakil bukan bermaksud Dr. Adham berkumpul dengan 500orang tersebut dalam satu dewan, tetapi sebaliknya setiap orang tersebut berbincang atau berdiskusi dari komputer di negara masing-masing. Jadi, hal ini tidak berkaitan langsung dengan isu penjarakan sosial. Mungkin kerana faktor umur at

Najib Mula Bersuara Menegur Lim Kit Siang dan Guan Eng

Image
Akibat kelantangan Lim Kit Siang menggesa Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba letak jawatan dan digantikan Dr, Noor Hisham, Najib mula bersuara menegur dan mengingatkan Lim Kit Siang bahawa setiap manusia melakukan kesalahan dan Lim Guan Eng juga pernah salah sebut mengenai titik perpuluhan dalam kenyataan rasmi. Menurut Najib, salah sebut Dr. Adham Baba dalam majlis borak santai bersama Zahid Hamid adalah jauh lebih diterima daripada salah sebut Lim Guan Eng mengenai titik perpuluhan dalam kenyataan rasmi kementerian semasa menjadi Menteri Kewangan. Sumber: FB Najib Razak Sumber: FB Najib Razak Kesimpulannya, setiap orang melakukan kesilapan jika namanya MANUSIA. Tindakan sesetengah penyokong PH yang menghina dan mengutuk Dr. Adham Baba berlebih-lebihan sangat tidak boleh diterima. Sedarilah penyokong PH bahawa insan yang dikutuk itulah bermati-matian melakukan tugasan sebagai Menteri Kesihatan melawan wabak Covid-19 demi menyelamatkan nyawa anda.

Duit 1MDB 300juta USD itu jasa PH, kata Guan Eng

Image
Lim Guan Eng, melalui cicipan di Twitter beliau menyatakan duit 1MDB sebanyak 300juta USD yang dipulangkan itu merupakan jasa susah payah kerajaan PH. Cicipan itu pada asalnya ingin membalas ucapan Dr. Mahathir yang mengharapkan Guan Eng cepat sembuh. Sumber: Twitter Lim Guan Eng Namun, ramai netizen yang merasakan LGE dan kerajaan PH hanya suka syok sendiri claim semua benda yang baik jasa PH. Tetapi tidak mahu pula claim kecuaian yang berlaku dalam kerajaan PH seperti isu membenarkan pelancong China datang melawat Malaysia di saat penyebaran wabak Covid-19 itu berlaku. Apapun tidak dapat dinafikan ada sumbangan kerajaan PH dalam memastikan kewangan kerajaan berada di tahap yang baik. Salah satunya adalah sistem membendung rasuah yang diperkenal semula atau diperketatkan oleh kerajaan PH. Sistem ini dilihat mampu mengurangkan kadar rasuah dalam kalangan pemimpin di Malaysia. Perkara yang sama diteruskan oleh kerajaan PN di bawah Muhyiddin Yassin.

"Tampal Gambar Muka, Akhirnya Dibuang Ke Tong Sampah Jugak" Teguran Najib untuk Ngar Kor Ming

Image
Kor Ming dikritik hebat selepas wajahnya terpampang pada bekas makanan untuk disumbangkan kepada orang ramai.  Najib Razak melalui posting di FB beliau menganjurkan Pemimpin agar tidak menampal muka di bekas makanan yang disumbangkan. Sebaliknya, jika hendak memaklumkan kepada orang ramai mengenai sumbangan tersebut, cukup hanya dengan muatnaik gambar di media sosial. Tak perlu lah membazir kos menampal gambar di bekas makanan yang akhirnya akan dipijak dan dibuang ke dalam tong sampah. Di samping itu, kos juga dapat dijimatkan. Kos menampal gambar pada bekas makanan itu sebenarnya dapat digunakan untuk tambah kuantiti makanan yang disumbangkan. Sumber: FB Najib Razak Ini pula pandangan yang dilontarkan oleh netizen. Kebanyakan netizen berpandangan saiz gambar Kor Ming terlalu besar sehingga tidak terlihat kandungan makanan tersebut. Apa pula pandangan korang? Sila tinggalkan komen ye.

“Duit 1MDB Adalah Hasil Usaha AG, MOF dan PM lama,bukan kerajaan pintu belakang” – Khalid Samad

Image
Sumber: Twitter Khalid Samad Menurut satu ciapan melalui twitter rasmi ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyatakan bahawa wang yang dipulangkan oleh Amerika Syarikat sebanyak A$300 juta dana 1MDB merupakan usaha kerajaaan PH. Beliau menulis melalui ciapannya, ” Alhamdulillah. Usaha kerajaan PH telahpun berhasil. Tahniah AG dan MoF serta PM lama. Harap harap tidak ditelan pula oleh geng yang tidak beramanah. Kalau sanggup khianat rakan-rakan sendiri, sejauhmana boleh jamin duit dari US ini selamat? RM 1.3 Bilion tu”. MalaysiaKini juga menulis mengenai perkara ini dimana Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaannya mesti membuktikan mereka telus semasa mengendalikan dana 1MDB bernilai RM1.3 bilion yang dikembalikan Jabatan Kehakiman AS, kata sebuah badan pemantau rasuah. Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata hal itu dibangkitkan kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara ketika ini ditubuhkan bukan atas pilihan rakyat.

Khalid Cuba Troll Najib, Tapi Kena Batang Hidung Sendiri

Image
Setelah jatuhnya Kerajaan PH, Khalid Samad semakin aktif dalam media sosial dan dilihat cuba mencontohi cara berpolitik Najib Razak iaitu menggunakan media sosial sebagai medium utama. Khalid Samad mula berjinak-jinak mempraktikkan kemahiran troll untuk menyerang pemimpin parti lawan menggunakan media sosial. Malangnya, Khalid Samad tewas dengan Najib yang dikatakan mempunyai pengalaman yang banyak dalam pentas ini. Ini merupakan cubaan troll Khalid yang ditujukan kepada Najib Razak. Sumber: Twitter Khalid Samad Ini pula respon pedas dan 'win' dari Najib Razak Sumber: FB Najib Razak Najib Razak juga menambah di bahagian komen beliau. Khalid Samad masih baru dalam bidang ini. Mungkin suatu hari nanti, kita dapat melihat Khalid dan kakanda Mujahid menjadi bintang dalam membuat troll.

PKP Dilanjutkan, Najib Cadang Tambah Elaun BPN

Image
Cadangan yang baik dari DS Najib supaya kerajaan tambah Elaun BPN. Rakyat terutamanya golongan B40 sangat terdesak dan memerlukan bantuan tambahan kerana mereka tiada punca pendapatan semasa PKP dijalankan. Golongan B40 merujuk kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah merujuk kepada jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM4000. Secaranya amnya, kebanyakan golongan B40 tidak mempunyai banyak wang simpanan dalam bank. Mereka hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. J usteru, apabila hilang sumber pendapatan kerana PKP, mereka adalah golongan yang paling terkesan. Jika tempoh PKP dilanjutkan, amat wajarlah pihak kerajaan menambah elaun Bantuan Prihatin Nasional terutamanya kepada golongan B40. Bantuan RM1600 untuk semua isi rumah akan tidak mencukupi terutama kepada mereka yang mempunyai banyak tanggungan. Tambah DS Najib,  "bukan kerana mereka malas dan tidak proaktif, tetapi hakikat pandemik Covid-19 yang ti