Duit 1MDB 300juta USD itu jasa PH, kata Guan Eng


Lim Guan Eng, melalui cicipan di Twitter beliau menyatakan duit 1MDB sebanyak 300juta USD yang dipulangkan itu merupakan jasa susah payah kerajaan PH.

Cicipan itu pada asalnya ingin membalas ucapan Dr. Mahathir yang mengharapkan Guan Eng cepat sembuh.

Sumber: Twitter Lim Guan Eng

Namun, ramai netizen yang merasakan LGE dan kerajaan PH hanya suka syok sendiri claim semua benda yang baik jasa PH.

Tetapi tidak mahu pula claim kecuaian yang berlaku dalam kerajaan PH seperti isu membenarkan pelancong China datang melawat Malaysia di saat penyebaran wabak Covid-19 itu berlaku.





Apapun tidak dapat dinafikan ada sumbangan kerajaan PH dalam memastikan kewangan kerajaan berada di tahap yang baik.

Salah satunya adalah sistem membendung rasuah yang diperkenal semula atau diperketatkan oleh kerajaan PH.

Sistem ini dilihat mampu mengurangkan kadar rasuah dalam kalangan pemimpin di Malaysia.

Perkara yang sama diteruskan oleh kerajaan PN di bawah Muhyiddin Yassin.

Pemimpin terlibat dengan rasuah sebenarnya adalah batu halangan yang menyekat pembangunan dan kemajuan negara.

Sama-samalah kita membendung rasuah.

Tidak kira dari parti Politik mana pun, siapa yang terbukti terlibat dengan rasuah seharusnya dijatuhkan hukuman yang PALING berat agar menjadi pengajaran kepada pemimpin yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Najib kenang semula pengalaman dizalimi masa kerajaan PH

"Tampal Gambar Muka, Akhirnya Dibuang Ke Tong Sampah Jugak" Teguran Najib untuk Ngar Kor Ming

Anwar Yakin Dapat Sokongan Jadi PM Setelah PKP Tamat