Posts

Showing posts with the label Covid-19

KEBODOHAN Kit Siang terbongkar ketika dia hendak membodohkan Dr.Adham

Image
Kelantangan Lim Kit Siang yang meniup api kebencian dalam kalangan Melayu dengan mengutuk Dr. Adham dan menyuruhnya berhenti menyebabkan Kit Siang semakin dibenci oleh netizen. Menerusi laman webnya, Lim Kit Siang menyindir Dr. Adham Baba dengan mengaitkan isu 500 negara dan air suam dan mengatakan video conference 500 orang itu berlawan dengan undang-undang penjarakan sosial. Najib menerusi FB beliau. membongkar sesuatu yang menarik, "Kebodohan Lim Kit Siang terbongkar ketika dia hendak membodohkan Dr. Adham" Sumber: FB Najib Razak Mungkin Lim Kit Siang tidak tahu maksud telesidang atau dalam english Video Conference. Telesidang Dr. Adham bersama 500 orang wakil bukan bermaksud Dr. Adham berkumpul dengan 500orang tersebut dalam satu dewan, tetapi sebaliknya setiap orang tersebut berbincang atau berdiskusi dari komputer di negara masing-masing. Jadi, hal ini tidak berkaitan langsung dengan isu penjarakan sosial. Mungkin kerana faktor umur at

Dr. Adham: Tegurlah saya jika ada buat salah, jangan terus membenci dan mengutuk

Image
Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba hari ini menjelaskan bahawa beliau tersilap sebut ketika telesidang bersama DS Zahid Hamidi mengenai jumlah negara yang terlibat dalam conferencing video bersama WHO. "Saya salah sebut 500 negara - yang saya maksudkan adalah 500 peserta dari seluruh dunia," katanya seperti dipetik oleh The Star. Berikut merupakan respon daripada netizen yang memuji sikap Dr. Adham Baba yang berjiwa besar dan berani mengaku kesalahan. “MasyaAllah....lihatlah besarnya jiwa Dr. Adham apabila mengaku kesalahan yang dilakukannya. Kalau puak PH jangan harap ada yang nak mengaku silap.  “Alhamdulillah...Dr Adham sgt merendah diri... Mengakui kesilapan lebih mulia dari menyalahkn org 24 jam” – Jasmine Ibrahim “HEBAT.... Berjiwa besar... TAHNIAH Dr Idham Baba. Tidak berpakaian angkuh dan tidak berselimut dengan kesombongan.” – Shaiful Afandi “Terbaik mengaku kesilapan... Hanya puak DAP, PKR & PAN je yg x pernah mengaku kesilapan” – Khaleef

Khalid salahkan polis, kenapa tak kawal program Tabligh Sri Petaling

Image
Pemimpin PH masih tidak mahu mengakui kecuaian yang dilakukan mereka dalam membendung wabak Covid-19.  Sebaliknya, mereka mencari pihak untuk dikambinghitamkan. Khalid Samad kali ini menuding jari meletakkan kesalahan ini kepada pihak PDRM.  Menurut beliau, bukanlah siapa yang memberikan kebenaran yang patut dipersalahkan, tetapi siapa yang mengawal yang patut dipertanggungjawabkan. Penyataan Khalid Samad ini mengundang kemarahan orang ramai kerana PDRM merupakan salah satu frontliner yang banyak berkorban untuk melawan Covid-19. PDRM tidak sepatutnya dijadikan kambing hitam oleh ahli politik. Najib melalui FB nya memberikan respon terhadap penyataan Khalid Samad yang tidak bertanggungjawab ini. Sumber: FB Najib Razak

Menteri Kesihatan Air Suam sekali lagi viral dengan isu 500 negara

Image
Kalau sebelum ini Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Adham Baba viral dengan penyataan yang dikeluarkannya mengenai air suam boleh membunuh virus Covid-19. Kini, beliau sekali lagi viral dengan isu 500 negara. Semasa beliau membuat telesidang bersama Zahid Hamidi, beliau menjelaskan kepada Zahid Hamidi beliau baru sahaja mengadakan sidang video bersama 500 NEGARA. Sumber: Youtube Sebenarnya, setakat 2020 hanya ada 195 negara sahaja di dunia menurut carian GOOGLE Penyataan 500 negara dari Dr. Adham Baba ini mendapat reaksi yang lawak dari netizen. Ini adalah antara reaksi tersebut. Apa-apapun salah sebut itu adalah biasa sebagai seorang manusia.  Diharapkan Dr. Adham tidak mengambil hati dengan netizen dan terus melaksanakan tugasnya sebagai Menteri Kesihatan dengan baik supaya wabak Covid-19 dapat ditewaskan.

Pengiktirafan Itu Bukan Untuk Saya Tapi Negara - Dr Noor Hisham

Image
Dinobat antara tiga doktor terbaik dunia dalam menangani pandemik Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan pengiktirafan itu bukanlah untuk dirinya tetapi untuk negara. Beliau berkata, apa yang penting adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerja sebagai satu pasukan untuk negara. Menurut Dr Noor Hisham, KKM memberi nasihat tetapi Perdana Menteri yang membuat keputusan serta melaksanakan tindakan. “Kita beri nasihat dan yang pastinya yang buat keputusan bukan saya tapi perdana menteri. Contoh kalau lihat MCO (Perintah Kawalan Pergerakan) perdana menteri yang melaksanakan, kita sekadar menasihati tapi buat keputusan dan tindakan ialah perdana menteri. Sentiasa dalam keadaan tenang dalam memberikan maklumat kepada masyarakat dan disenangi ramai, Dr Noor Hisham turut mengucapkan penghargaan kepada semua kementerian dan menteri yang bekerjasama dalam pelaksanaan PKP. “KKM ucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malay

Tutup pendingin hawa, guna kipas mampu halang Covid-19 merebak

Image
Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, mengatakan risiko virus Covid merebak di Malaysia rendah sebab cuaca yang panas.  Tambahannya lagi  kerajaan PH akan ambil tindakan mengurangkan penggunaan pendingin hawa dan menggantikannya dengan kipas jika keadaan wabak Covid-19 menjadi serius di Malaysia. Sumber: FB Najib Razak Kenyataan Bekas Timbalan Menteri Kesihatan ini agak selari dengan kenyataan Dr. Adham Baba yang mengatakan air suam dapat membunuh virus Covid-19. Penyataan airsuam yang dikeluarkan Dr. Adham ini telah dikecam teruk oleh penyokong PH. Padahal, benda yang dikecam itu selari dengan pandangan Timbalan Menteri Kesihatan PH sendiri. Apakah pendapat korang? Jangan lupa tinggalkan komen.

Dr. Noor Hisham tersenarai 3 doktor TERBAIK DUNIA dalam lawan Covid-19

Image
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Stesen televisyen China, Global TV Network menganugerahkan pengiktirafan 'TOP DOCTORS IN HANDLING COVID-19' kepada doktor seluruh dunia yang memberikan impak yang besar dalam melawan pandemik Covid-19. Tiga doktor yang mendapat tempat teratas dalam senarai ialah Dr. Noor Hisham, Dr. Anthony Fauci dari USA Dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand. Antara faktor ketiga-tiga doktor ini dipilih adalah kerana komitmen yang tinggi. BEKERJA LEBIH MASA, TEGAS, JUJUR dan BERANI tegur kerajaan jika terdapat kecuaian dalam memerangi Covid-19. Selain itu, keupayaan menjadi sumber maklumat paling telus serta meredakan keadaan panik orang ramai terhadap penularan Covid-19 di negara masing-masing. Dr. Noor Hisham juga seorang yang merendah diri dan tidak berapa suka apabila dirinya diangkat sebagai hero oleh rakyat Malaysia. Sumber: Berita Harian Ramai juga yang masih tidak tahu tentang kehe