Guan Eng Stress Tak Boleh Tidur Fikirkan 1MDB Masa Jadi Menteri Kewangan



Kenyataan Lim Guan Eng

"MALAYSIA perlu antara 20-30 tahun untuk selesaikan hutang RM44 bilion yang dikumpul oleh 1MDB, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Jumlah hutang itu adalah sebahagian  dari keseluruhan RM1.087 trilion yang ditanggung akibat kecuaian pengurusan negara di bawah rejim BN sebelum ini, kata Lim.
Baki RM44 bilion adalah baki daripada keseluruhan hutang 1MDB berjumlah RM51 bilion, kata Lim.
Sehingga hari ini, kerajaan sudah membayar RM7 bilion.
Daripada RM51 bilion itu, bayaran faedahnya sahaja berjumlah lebih kurang RM20 bilion sementara hutang pokok sebanyak RM31 bilion.
Itu sebabnya Lim “jelak dengan 1MDB” selepas hampir setahun menguruskan pembayaran hutang yang dilonggokkan oleh pentadbiran Najib Razak.
“Saya jelak dan penat dengan 1MDB,” kata Lim, mengulas setahun tempohnya sebagai menteri kewangan dan usaha kerajaan mencari jalan menyelesaikan hutang.
Pentadbiran sebelum ini cuba menyembunyikan daripada umum bagaimana dana awam digunakan untuk membayar hutang 1MDB yang dijamin oleh kerajaan, kata Lim.
“Mereka sangat pandai. Mereka mainkan definisi (dalam perakaunan). Hanya hutang langsung (kerajaan) yang dicatat. Apa yang dijamin sekarang ini baru nampak apabila peminjam tidak boleh bayar, (BN) tidak mahu mengaku.”
Selain hutang 1MDB, jaminan pinjaman yang perlu dibayar pentadbiran sekarang melonjakkan hutang negara mencecah RM1.087 trilion atau 80.3% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Lim berkata PH dapat menyelesaikan RM17 bilion daripada hutang itu menjadikan jumlahnya sekarang RM1.07 trilion.
“Saya penat memikirkan 1MDB"


Comments

Popular posts from this blog

Najib kenang semula pengalaman dizalimi masa kerajaan PH

"Tampal Gambar Muka, Akhirnya Dibuang Ke Tong Sampah Jugak" Teguran Najib untuk Ngar Kor Ming

Anwar Yakin Dapat Sokongan Jadi PM Setelah PKP Tamat