Posts

Showing posts with the label Tabligh Sri Petaling

Khalid salahkan polis, kenapa tak kawal program Tabligh Sri Petaling

Image
Pemimpin PH masih tidak mahu mengakui kecuaian yang dilakukan mereka dalam membendung wabak Covid-19.  Sebaliknya, mereka mencari pihak untuk dikambinghitamkan. Khalid Samad kali ini menuding jari meletakkan kesalahan ini kepada pihak PDRM.  Menurut beliau, bukanlah siapa yang memberikan kebenaran yang patut dipersalahkan, tetapi siapa yang mengawal yang patut dipertanggungjawabkan. Penyataan Khalid Samad ini mengundang kemarahan orang ramai kerana PDRM merupakan salah satu frontliner yang banyak berkorban untuk melawan Covid-19. PDRM tidak sepatutnya dijadikan kambing hitam oleh ahli politik. Najib melalui FB nya memberikan respon terhadap penyataan Khalid Samad yang tidak bertanggungjawab ini. Sumber: FB Najib Razak