"Tampal Gambar Muka, Akhirnya Dibuang Ke Tong Sampah Jugak" Teguran Najib untuk Ngar Kor Ming


Kor Ming dikritik hebat selepas wajahnya terpampang pada bekas makanan untuk disumbangkan kepada orang ramai. 

Najib Razak melalui posting di FB beliau menganjurkan Pemimpin agar tidak menampal muka di bekas makanan yang disumbangkan.

Sebaliknya, jika hendak memaklumkan kepada orang ramai mengenai sumbangan tersebut, cukup hanya dengan muatnaik gambar di media sosial.

Tak perlu lah membazir kos menampal gambar di bekas makanan yang akhirnya akan dipijak dan dibuang ke dalam tong sampah.

Di samping itu, kos juga dapat dijimatkan. Kos menampal gambar pada bekas makanan itu sebenarnya dapat digunakan untuk tambah kuantiti makanan yang disumbangkan.

Sumber: FB Najib Razak

Ini pula pandangan yang dilontarkan oleh netizen.

Kebanyakan netizen berpandangan saiz gambar Kor Ming terlalu besar sehingga tidak terlihat kandungan makanan tersebut.


Apa pula pandangan korang?
Sila tinggalkan komen ye.

Comments

Popular posts from this blog

Najib kenang semula pengalaman dizalimi masa kerajaan PH

Anwar Yakin Dapat Sokongan Jadi PM Setelah PKP Tamat