Pengiktirafan Itu Bukan Untuk Saya Tapi Negara - Dr Noor Hisham
Dinobat antara tiga doktor terbaik dunia dalam menangani pandemik Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan pengiktirafan itu bukanlah untuk dirinya tetapi untuk negara. Beliau berkata, apa yang penting adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerja sebagai satu pasukan untuk negara. Menurut Dr Noor Hisham, KKM memberi nasihat tetapi Perdana Menteri yang membuat keputusan serta melaksanakan tindakan. “Kita beri nasihat dan yang pastinya yang buat keputusan bukan saya tapi perdana menteri. Contoh kalau lihat MCO (Perintah Kawalan Pergerakan) perdana menteri yang melaksanakan, kita sekadar menasihati tapi buat keputusan dan tindakan ialah perdana menteri. Sentiasa dalam keadaan tenang dalam memberikan maklumat kepada masyarakat dan disenangi ramai, Dr Noor Hisham turut mengucapkan penghargaan kepada semua kementerian dan menteri yang bekerjasama dalam pelaksanaan PKP. “KKM ucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malay...